Friday, 15 April 2016

Prosedur Membuat Lesen B2 & D

Jadi, untuk dapatkan lesen D & B2 ni, ade beberapa step. Ada 3 kelas berbeza yang perlu korang masuk, KPP01, KPP02 dan KPP03. Perlu juga korang tahu bahawa korang boleh mengambil kedua-dua lesen secara serentak atau secara berasingan. Kebiasaannnya, ramai yang lebih memilih untuk mengambil lesen B2 & D secara serentak disebabkan oleh harganya yang lebih menguntungkan pihak  kita (kalau buat lesen kat mana-mana pun, memang macam tu. Cuma bayarannya mungkin berbeza)

ujian bukit bagi lesen D (bahagian II)


Apa itu KPP01, 02, 03 ??

       Ok. KPP01 ni, korang akan mengikuti kursus taklimat mengenai Teori Penunggangan Selamat. 6jam bagi lesen D dan 6jam juga bagi lesen B2. Korang juga perlu megecop jari setiap kali mengikuti kursus ni bagi memastikan korang betul-betul telah mengikut syarat yang ditetapkan

        Selesainya kursus KPP01, korang akan menduduki ujian berkomputer. Yang mana mempunyai had minimum yang melayakkan korang untuk meneruskan ke kelas KPP02. Untuk ujian ni, korang akan ada 2 pilihan iaitu untuk menduduki ujian secara serentak bagi B2 & D. Ataupun secara berasingan.  Tapi saya lebih mengesyorkan korang untuk mengambil ujian secara serentak (jimat masa la). Lagipun, kalau korang memilih ujian secara serentak, akan ada 100 soalan sahaja, iaitu 50 bagi D dan 50 lagi bagi B2. Berbeza pula kalau korang memilih untuk ujian secara berasingan, akan ada 75 soalan bagi B2 dan 75 soalan bgi D. .. Total smua 150 soalan (banyak, woo) . Lagipun lambat la sikit nak dapat lesen... So, it’s up to u. It’s just my suggestion. Tapi untuk orang yang lebih santai, boleh la memilih ujian secara berasingan.

          Ok, tdi bercakap pasal lulus. Macam mana kalau gagal?? Mungkin korang akan kata, ada ke orang yang gagal?? Macam tak logik, je kan?? Tapi hakikatnya, ada je orang yang tak lulus ujian tu. So, kalau gagal, kena test balik, la. Tapi perlu diingatkan bahawa ujian kali kedua semestinya berbayar (kalau tak silap saya, RM35). Korang tak perlu la risau kut-kut tak lulus pulak ujian kali kedua tu, sebab dia takkan tnya dah soalan-soalan yang korang kurang mahir pada ujian yang sebelumnya. So, i guarentee memang korang lulus, la

          Selesainya ujian, korang akan mendapat lesen LDL. Jadi,ambil la gambar berukuran pasport awal-awal. Kalau boleh, yang berlatar belakangkan warna putih la. Kenapa warna putih ?? sebenarnya untuk lesen LDL ni, gambar pasport dengan latar belakang biru juga diterima. Tapi untuk lesen PDL, hanya  latar belakang bewarna putih sahaja yang diterima. So, awal-awal ni, korang ambil gambar pasport latar belakang putih. Jimat masa korang. .. kan ??

            Dah dapat lesen LDL, boleh la korang meneruskan ke KPP02. Apa itu KPP02 ?? KPP02 ni adalah Praktikal di litar (bahagian II). Korang juga masih perlu megecop jari setiap kali mengikuti kursus ni bagi memastikan korang betul-betul telah mengikut syarat yang ditetapkan iaitu 6jam bagi B2 dan 4jam bagi D. KPP02 ni juga adalah pembelajaran  basic dalam pemanduan. Korang akan diajarkan PSMP (Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan) & RPM (Rutin Pemeriksaan Motokar) bagi lesen B2. Manakala, untuk lesen D adalah RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM (Rutin sebelum Memandu). Hah!! Yang ni memang memerlukan kemahiran korang untuk bercakap. Jangan gugup, OK. Sistem ni baru diperkenalkan pada tahun 2015. Sebab pada tahun-tahun sebelum ni. .. tak perlu bercakap pun, hanya perlu tahu memandu kenderaan mengikut peraturan jalan raya dah cukup. So, sistem baru ni bagus la, sebab kebnyakan orang, (terutamanya kaum wanita) memang tidak tahu servis & mengendalikan kenderaan,
      
        Selesai KPP02 dalam jangka masa yang ditetapkan, korang akan masuk KPP03 (bahagian III) pulak. Kira macam senior la. Hahahaaa. And korang dah tak perlu cop-cop jari dah, sebab korang akan dapat borang pulak. Setiap kali korang belajar, pengajar just perlu sign borang korang, je. Total masa untuk lesen D adalah 20 jam & 16jam bagi lesen B2.
  
       Dah habis minit jam yang ditentukan, boleh la korang test untuk lesen PDL. Korang boleh menduduki test secara berasingan mahupun serentak. And sebenarnya tak ada beza pun kalau korang test secara serentak ataupun tidak. Cuma jimat masa je la kalau korang ambil secara serentak. Sama seperti test tadi jugak, test ni pun mempunyai syarat minimum yang melayakkan korang untuk mendapatkan lesen PDL.
      
       My advice, prepare elok-elok la untuk test ni, sebab JPJ ni kadang-kadang nak sakat kita je. Well, JPJ ni manusia jugak, ada yang jujur and ada jugak yang mengambil kesempatan untuk pungut duit kita (tapi yang ramainya, JPJ yang jenis tak jujur). Macam-macam alasan yang tak logik dia akan beri untuk menyatakan kita tak lulus test tu. Practice balik kemahiran bercakap and jangan pandang remeh terhadap pemakaian tali pinggang sebab kesalahan tersebut tergolong dalam kesalahan mendatori. And, sebagus mana pun pemanduan korang, memang takkan lulus kalau korang ada buat kesalahan mendatori.

          Kalau tak lulus jugak, terpaksa la korang ambil semula test tersebut. Tapi test repeat untuk lesen PDL tak lah semurah repeat test untuk lesen LDL, ye ?? RM60 bagi motosikal (B2) dan RM100 bagi Kereta (D).. Mahal memang mahal. So, kalau korang kaya pun, buat la elok-elok test tu. RM160 melayang ?? sayang, sayang. ..





p/s: Insyallah saya akan menulis blog mengenai PSMP (Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan) & RPM (Rutin Pemeriksaan Motokar) untuk Motosikal serta RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM (Rutin sebelum Memandu) bagi kereta

2 comments:

  1. Entri yg ringkas tapi padat i.e concise.
    Thanx.
    Tgh attend kpp 01 untuk moto ni. Lesen kete dah ade 10tahun lps 😄

    ReplyDelete